Hidup ni memang takkan pernah senang kalau kita sendiri tak ubah. Kebanyakan orang anggap bila orang tu hidup senang dan berjaya, dia memang dilahirkan dalam keadaan yang senang. Memang dia senang, tapi dulu hidup dia bersusah payah juga…

Antaranya, Puan Nurul Eliana yang kini adalah seorang usahawan wanita yang berjaya dengan hanya menjual pakaian wanita – Hermosa Wear bertapak di Bandar Sunway. Tambah-tambah lagi, dah ramai wanita yang buat bisnes dan berjaya dengan usaha mereka sendiri. Puan Eliana ni lah antara wanita-wanita hebat tu.

Sebelum ni, Eliana merupakan seorang support Engineer. Mungkin ada orang anggap “wah kerja dia bagus, mesti gaji pun banyak…” Tapi hakikatnya tak. Walaupun orang cakap Eliana ni kerjanya bagus, dia masih lagi tak dapat seperti apa yang dia harapkan.

Bayangkanlah… Duduk di tengah bandar, memang payah. Gaji pula tak sebanyak yang orang lain sangka. Dia masih sekadar cukup makan sedangkan terlalu banyak keperluan yang perlu dipenuhi. Eliana sangat-sangat nekad nak ubah hidup.

Situasi hidup Eliana diuji Tuhan bila dia dan suami terlibat dalam kemalangan yang agak besar dan teruk. Apa yang tambah susah Eliana, ketika tu dia sedang sarat mengandungkan anak sulung. Keadaan tu memaksakan Eliana untuk berhenti bekerja sebab nak jaga suami yang sakit.

Pada tahun 2013, dia memulakan secara kecil-kecilan dengan bermodalkan wang simpanan sebanyak RM400. Disebabkan Eliana merupakan salah seorang pengikut setia RichWorks, Eliana selalu dapat inspirasi dari kisah-kisah #AnakDidikDrAzizanOsman.

Eliana sentiasa rasa kagum melihat kegigihan Dr Azizan Osman dalam membimbing para usahawan dan sangat-sangat passionate nak bantu orang berjaya. Tapi, apa yang membuatkan dia kecewa, tak pernah pun ada peluang untuk hadir ke mana-mana program RichWorks sebabkan kekangan kerja dan duit.

Sampailah pada tahun 2018, perasaan Eliana jadi berkecamuk bila diumumkan IMKK terakhir akan diadakan pada November 2018. Eliana terus tekad nak join program terakhir yang merupakan program pertama yang dihadirinya. Perjalanan sebagai seorang usahawan diteruskan sampailah diterima menjadi ahli Titanium.

Apa yang Eliana boleh banggakan ialah, dia dah ada sebuah syarikat yang semakin berkembang dengan team yang ramai, ejen seramai 150 orang dan jualannya pula semakin meningkat sehingga mencecah sejuta!

#TeamRichWorks
#InspirasiUbahHidup
#ForThingsToChangeIMustChangeFirst